KISAH SEORANG KAWAN

Luahan seorang kawan… kitaorg ni mewakili org2 yg tak kaya. setelah kerja penat pagi petang kadang-kadang overtime. keja sampai 6jam sehari, tuptup cukup bulan tgok gaji RM1400 je. Hangin satu badan tapi takleh wat ape la sebab dia dah sain kontrak yg gaji pokoknya RM300 sebulan.. ish.. rasa mcm duduk negara Laos plak bila dengar kenyataan tu.. beliau ada anak.. ada bini.. Kalo gaji mcm tu agak-agak bleh masukkan kat kategori kepapaan tegar kot. RM1400 tu pulak ditolak socso, EPF, tolak ntah hape hape jadah lagi… tinggal la RM900. Dia bayar sewa rumah…opppsss, sewa bilik je. Myk motor, belanja dapur, pakaian… saya tak nampak kat mana dia boleh menyimpan duit…

Pelik sayeeee…. negara kita nih nampak mcm maju. Tapi mana pihak yg berwajib dalam soal tenaga pekerja.. Skim gaji yg ditawarkan oleh majikan kawan saye ni amatlah tidak munasabah.. tak munasarawak.. taulah kawan tu takde pelajaran.. sekolah sampai tingkatan 2 je.. tapi kenapa hina sangat sampai takde satu badan kerajaan atau NGO yg sudi mendengar masalah kawan saya dan kawan kawan kepada kawan saye ni.

Mujurlah… kawan saye ni tadi ada menyimpan sedikit duit. Tak dapat saya bayangkan macam mana dia menggunakan sumber yang sangat terhad ni… selama bertahun dia menyimpan, akhirnya dia ada RM3000. Tekad mahu keluar dari kerjaya yg sangat tak masuk akal tu, dia minta pendapat saye.. saye kata BERNIAGA. Hanya itu saje jalan untuk HIDUP kalo takde pelajaran. Saya sekolah tak tinggi gak… sesak nafas saya kalo kerja ngan orang. Nak layan kerenah bos lagi.. Nak lagi bila otak kita ni banyak pendapat yg tak sehaluan dengan orang atasan.

OKlah.. dia pun kata YA. Dia nak berniaga.. walau nasik lemak, pisang goreng, atau ape2 saja yg tak guna banyak modal. saya syorkan kawan saya ni jual air. Saya dgn dia jalan2.. nak cari tapak.. barang dah di beli. Cepat betul dia bertindak. Mungkin sudah cukup terseksa selama ini.. syukurlah dia nampak jalan yang ada di depannya… Tapak yang saye syorkan bukan calang2. PUDURAYA. Tempat transit seluruh rakyat semenanjung. Ntah berapa ribu manusia yang ada kat situ saya tak sempat nak kira. Puduraya…. Ramai betul saingan kat sini. Ada makcik, ada Indon, ada myanmar, mcm2 manusia ada. Semua jual air. Ada yg jual sirap cair. ada jual air limau nipis-nipis. laku. memang boleh dapat duit.

Kawan saya mulalah berniaga kat situ.. seminggu… ok.. dua minggu.. ok…2 minggu lebih… skali barang dah kena rampas da.. Penguatkuasa dah rampas barang dia.. ye la.. pegi bayar kompaun. Takde lesen.. terima je la… adat la tu dugaan. Nape tak buat lesen?? meniaga gerai je.. kata makcik rakan sejawatan kawan saye tu..dia bukan tak pernah mohon. Mohon je tapi dah setahun tak lulus2 gak. Barang kena angkut dah berkali kali.

Pelik pelik saye bertambah pelik… Mat indon, mat nepal, bangla semua yg jual air nipis2 tadi selambeee je. tak takut pun. penguatkuasa datang, diorang sorong troli. TAK TAKUT PUN???? Penguatkuasa tak kejar pun??

Saya simpulkan.. Takpe, negara kita kaya kan.. awek2 yg shopping kat mydin boleh terus beli air oren seringgit(rasa air ni mcm air oren kat kantin sekolah saye dulu). Yg penting, awek2 tadi beli dari tangan Mat2 luar negara. Mungkin sebab tu ramai awek2 skang TERkawin dengan mat2 luar negara ni. Penguatkuasa bukan ape.. malas nak rampas brg mat2 luar negara ni, takut dikatakan tak berhati perut sebab diorang datang jauh.. jauh sangat. Kesian kan??

Kawan saya tu… berkat kedegilannya, dia dah pun pakai keta.. keta baru bayar cash lagi… Alhamdulillah… Walau penindasan berlaku di mana mana, saya tetap percaya.. dengan usaha yg kuat, yakin dengan usaha, berdoa, dan bertawakal, ada sesuatu yang menanti di depan.