Aliyah

” Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,”

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam

seketika. Mungkin terkedu.

Adakah pendengarannya kian kabur lantaran

usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV,

sementelah TV juga

dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang

menayangkan iklan Sunsilk,

mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia

menghela nafas

panjang. Dia memandang sekali imbas wajah

Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi,

bangun lantas

menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.

Segelas air sejuk diteguk perlahan.

Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.

Rutin hariannya,

mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk

tidur. Dahulu, semasa

puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan

suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja.

Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya

yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat

mengenali isterinya. Jodoh yang diatur

keluarga hampir 16tahun yang lepas

menghadiahkan dia sebuah keluarga yang

bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun,

kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat

jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di

jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau

mampu untuk beri

makan 2 keluarga,” sokongan Hanif, teman

sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia

berdepan dengan Aliyah.

“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup

bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah

Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu

memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara

lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di

rumah. Pagi-pagi,

selesai solat Subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk

ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan

bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-

anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi

Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg.

Tapi, Aliyah nak

berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang

sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah

bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu

sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang

menggilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah

selama 1 hari saja,

boleh?” pelik benar permintaan isterinya. Hendak

dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun,

tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab,

dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara

yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu

bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain,

alamatnya perang dunia meletus lah

jawabnya.

Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-

dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera

yang disimbah dengan asid, gara-gara

menyuarakan keinginan untuk menambah

cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup

diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang

tidak sempat dilangsungkan.

Dan dia, hanya dapat senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,”

terjegil bulat mata Qis

yang berwarna hijau. “Kak Aliyah yang minta,”

masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan

Qis?” “Takutlah Qis, silap

haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu

orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg

faham,” Qistina mengalih pandangannya. Mahu

apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia

sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri

pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah.

Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati

kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu.

Seminggu jugalah

dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi

Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak

mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar

Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan

dia diminta oleh Aliyah bermunajat di masjid Putra.

Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian

lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan

aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban

malam dia akan bersama

dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah

dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis

kuliah agama. Membaca AlQuran secara

bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun,

lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina

memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-

benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang

sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia

cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu.

Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih.

Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis

air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah

terjadi pada hari

itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti

biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya

seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon

madu Aliyah.

Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox

hensetnya. “Qis

minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg

jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis

perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama

Abg,” Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul

besar.

************ ********* ********* ********* *********

********* ********* **

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami tersayang…

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna

cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka

perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi

Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga

redhaNya sentiasa

mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah

jalankan pada Qistina.

Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah

seorang calon madu yang begitu cantik.Di sini

Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia

memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak

nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang

mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah

sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret

ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan

dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu

untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi Abg nak

menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang

pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi,

Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg

anya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah

pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah

berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita

sekeluarga singgah di sebuah restoran western

food, Abg muntahkan semua makanan western

food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut

selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la

pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah.

Kelam kabut dibuatnya.

Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan

menjadi ibu pada

zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia

mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti

untuk menjadi imam dan imamah yang beriman.

Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai

telekung… Aliyah sayangkan Abg…

Abg yang disayangi,

cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap

satu persatu,

Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini

penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat

membuat penilaian yang jauh lebih baik

memandangkan Abg mengenalinya lebih dari

Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang keizinan

berpoligami. Telah siap

Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket

penerbangan MAS ke Sarawak.Jika munajat Abg

di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini,

ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada

Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,Qistina telah

berada di sawarak. Menunggu Abg…Aliyah

sayangkan Abg… Tetapi jika Abg merasakan

Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan

isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding

denganAliyah. .. Aliyah sayangkan Abg.

Jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang

hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.

Aliyah bawakan sarapan kegemaran

Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ

berdiri Aliyah

Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi

kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!