LAWAK PERTAMA:BAPAKU HEBAT!
Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man: Wow! Bapa kau keja apa?
Ali: Tukang gunting rambut.
LAWAK KEDUA : TUKANG JUAL APA?
Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor
atau Tampin?
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan
yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.
LAWAK : BELAJAR MENGIRA
Seorang Guru Tadika bertanya kepada anak muridnya…
Guru : “Siapa didalam kelas ini yang mengenal nombor?”
Razif : “Saya Cikgu”
Guru : “Apa betul awak kenal nombor-nombor?”
Razif : “Ya Cikgu.. Saya telah belajar dengan ayah”
Guru : “Baiklah.. mari kita lihat…selepas 3.. berapa?”
Razif : “4″
Guru : “Bagus… Selepas 6?”
Razif : “7″
Guru : “Ya.. Bagus.. selepas 9?”
Razif : “10″
Guru : “Ya.. Bagus sekali… nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat tentang pelajaran kamu.. Okeylah.. Akhir sekali.. selepas sepuluh..berapa?”
Razif : “Jack, Queen, & King”
LAWAK TUJUH : INSURANS
“Anak: Mak … boleh saya berenang?
Mak: Tak boleh nak, air tu dlm(sambil menunjuk ke arah laut)
Anak: Ayah tu boleh berenang.. Dia pon bukan pandai berenang
Mak: Nak kau mesti ingat , ayah kau ada insuran! Beratus ribu ringgit lagi!!!”
Okylah..rasanya tue je kot selingan dari saya..Nanti saya sambung tentang sakaratul maut ya??
